Selasa, 02 Maret 2010




Tajuk : Fenomena Al-Quran:esei tentang teori berkenaan al-Quran
Tajuk asal: The Qur’anic Phenomenon karya Malik Bennabi
Terjemahan dengan ulasan serta pengenalan oleh Mohamed El-Tahir El-Mesawi
Penterjemah : Rosilla Abd.Latif
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Tahun : 2008
Harga : RM 45.00
Ulasan Buku:

Buku Fenomena Al-Quran setebal 334 mukasurat ini merupakan karya yang bermutu, begitu hebat, cemerlang dan mendapat perhatian pembaca yang berminat untuk mengetahui tentang Al-Quran. Buku ini adalah terjemahan baru karya terkenal Malik Bennabi mengenai al-Quran iaitu hampir 61 tahun selepas edisi asal dalam bahasa Perancis yang diterbitkan pada 1947. Karya yang intelektual dan cemerlang ini berjaya mengupas tentang permasalahan keagamaan secara umum dan tentang pemikiran al-Quran secara khusus.
Istimewanya buku Fenomena Al-Quran ini ia tidak sekadar membentangkan bukti kemukjizatan al-Quran sebagai wahyu Tuhan, tetapi juga dianggap sebagai suatu pengadilan untuk menepis usaha dan dakwaan pelbagai pihak berhubung kekurangan al-Quran. Turut dipaparkan ialah analisis mengenai kajian ramai cendekiawan Barat terhadap pengajian Islam dan Nabi. Menariknya, sifat psikologi dan intelektual Nabi iaitu sebelum dan selepas seruan kenabiannya turut digambarkan dengan teliti dan meyakinkan.
Buku ini membawa minda kita kepada suatu pembacaan sejarah pegangan agama manusia yang berlainan dan pemahaman tentang keadaan manusia yang berbeza yang melewati urusan orang Islam. Membangunkan pendekatan psikoanalitik dan fenomenologikal kepada Al-Qur'an, sasaran Bennabi tidak hanya kepada orang Islam yang sedang memerlukan suatu persepsi yang kukuh akan nilai Al-Qur'an untuk menjadi asas aqidah dan kepercayaan peribadinya, tetapi juga kepada mereka yang ingin memperkatakan tentang kitab Islam itu hanya sebagai subjek pengajian akademik. Pendekatannya juga membolehkan orang Islam dan bukan Islam menilai Al-Qur'an dengan sempurna dan saksama.

Fenomena Al-Quran tentang keluasan ilmu dan kepelbagaian tema di dalam al-Quran yang mencakupi pelbagai bidang dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Kandungan buku ini terdiri daripada 15 bab dan disisipkan juga bibliografi dan indeks memudahkan pembaca untuk membuat rujukan. Karya ini semakin mendapat perhatian meluas sama ada dari sudut perbincangan dan pandangan mahupun melalui pendekatan metodologi terhadap al-Quran yang sungguh mencabar demi untuk kebangkitan pemikiran Islam, pembentukan semula masyarakat dan tamadun Islam. Buku ini sekali gus menyumbang kepada penggabungan asas keimanan yang rasional. Untuk membaca buku ini anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku dan perpustakaan-perpustakaan yang berhampiran di tempat anda. Selamat Membaca Fenomena Al-Quran …….

Label:

Minggu, 04 Januari 2009

TOKOH ULAMA SILAM 2


TAJUK: HAJI ABD. WAHID SHAMDUDIN:TOKOH ULAMA SILAM 2

PENULIS: SITI ADNON HJ.ABD.WAHID

PENERBIT: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

TAHUN:2008

Buku Baru 2009


TAJUK : TOKOH ULAMA DATO' HAJI BURHANUDIN BIN HAJI TAHA

PENULIS: SITI ADNON HAJI ABD.WAHID

PENERBIT: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

TAHUN: 2008

Jumat, 23 Mei 2008


Buku Baru Terbitan 2008

BUKU TERBITAN TERBARU !!


TAJUK: PENGGUNAAN SUMBER RUJUKAN MEDIA ELEKTRONIK DI PERPUSTAKAAN
PENULIS: SITI ADNON HJ.ABD.WAHID
TAHUN TERBITAN : 2008
PENERBIT: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN.BHD, NO.35 & 35M, JALAN 6/4, PANDAN INDAH COMMERCIAL PARK,60000 AMPANG, SELANGOR DE. TEL: 03-42801109



TAJUK: HAJI ABDUL WAHID SAMSUDIN: TOKOH ULAMA SILAM 2
PENULIS: SITI ADNON HJ.ABD.WAHID
TAHUN TERBITAN : 2008
PENERBIT: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, TINGKAT 3, BANGUNAN SUK LAMA, 70990 SEREMBAN, TEL: 06-7652426

Kamis, 08 Mei 2008

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

layarilah laman web http://nslibrary.gov.my/